As salam,
Dengan lafaz bismillah...hari yang ditung tunggu hampir tiba.Tanggal 29 Disember 2014 adalah hari keputusan untuk jawatan Pembantu Akauntan dikeluarkan.Oleh itu, tepat jam 7.30 pagi mama cuba melihat jika paparan keputusan twlah dikeluarkan.Namun hampa masih belum dipaparkan lagi.
Walaubagaimanapun pagi itu mama terus bergegas pergi ke pejabat .
Sesungguhnya hati masih tidak tenteram dan tertanya tanya. Akhirnya sejurus tiba di pejabat, terus mama buka komputer dan melihat paparan keputusan telah pun dibuka. Di situ, mama dikehendaki memasukkan nombor kad pengenalan.Sebelum menekan butang "hantar", dengan lafaz selawat patih mama ucapkan akhirnya mama tekan butang "hantar". Syukur Al Alhamdulillah dengan izinNya kudiberi rezeki yang tidak disangka..
Meskipun hati berbunga bunga namun jauh disudut hati besar keputusan yang perlu ku putuskan. Ya Allah, syukur yang tidak terhingga rezeki yang Kau berikan kepada ku dan keluarga..
No comments:
Post a Comment