Sunday, December 28, 2014

Pengalaman Pertama Temuduga SPA

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya sudah bertahun-tahun meninggalkan laman blog. Kini mula rasa ingin aktif kembali. Malam ini, kelihatan tidak tenteram, hati gelisah, perasaan bercampur baur. Kerana mula timbul perasaan ini, terasa ingin meluahkan hati yang terbuku....

Hal ini adalah mengenangkan peristiwa pengalaman pertama temuduga SPA. Kali pertama juga buka laman web SPA untuk melihat sebarang panggilan temuduga. Alhamdulillah, sempat merasa juga pengalaman temuduga di sektor kerajaan pada 24 November 2014. Jawatan yang dipanggil ini adalah Pembantu Akauntan W17 di Jabatan Perakaunan Negara. 

Merujuk surat yang dinyatakan dalam panggilan temuduga tersebut keputusan temuduga akan dipaparkan pada 29 Disember 2014, iaitu ESOK!!..Namun beberapa hari ini tangan tetap rasa nak melihat dan meninjau paparan di SPA. Namun apa yang kelihatan status telah berubah ke 'Lantikan Tetap'. Tapi tidaj dipastikan apa yang dimaksudkan dengan status tersebut..

Apapun cuba menunggu esok. Biar apapun keputusannya, mama tetap redha. Jika gagal, mama tetap anggap mama berjaya kerana respon dan tindakbalas penemuduga sangat memberangsangkan. Pada mama, pengalaman tersebut sangat berharga. Nasihat penemuduga amat positif dan memberi semangat kepada mama untuk teruskan tidak kira apa jua yang berlaku. 

Jika benar berjaya, pelbagai persiapan dan keputusan perlu dibuat dari A smp Z. Waktu ini terbayang semuanya wajah suami, anak-anak dan keluarga...Berat nya keputusan ini untuk dibuat. Namun doa padaMu Ya Allah, ku berserah untuk memberi hambamu petunjuk jalan yang terbaik untuk ku dan keluarga. Hanya pada Mu ku mengadu untukku membuat keputusan....

Apa jua keputusan,InsyaAllah, kita nantikan esok hari..

Selamat Malam