Thursday, February 12, 2015

Surat Tawaran Perlantikan Pembantu Akauntan W17

Assalamualaikum w.b.t

Maaf, terlambat nak update blog seperti yang dijanjikan. Alhamdulillah, doa-doa yang sentiasa tidak diputuskan, akhirnya penantian diterima dengan panggilan daripada Jabatan Perakaunan Negara (JAMN) dan disusuli dengan emel surat tawaran pada 10 Februari 2015.

Surat tawaran adalah seperti dilampirkan.


Berdebar rasanya, tarikh sudah semakin hampir iaitu 23 Februari 2015. Hanya tinggal 10 hari untuk membuat persiapan dan merancang segala-galanya. Dalam kegembiraan tetap wujud perasaan sedih. Sedih terpaksa berjauhan sementara dengan En Suami dan anak-anak. Malah kami tidak pernah berjauhan sebelum ini, Pasti hebat jugalah cabaran yang akan mama lalui. Maka untuk hari ini mama cuma nak share surat tawaran dan panggilan lapor diri pada 23 Februari ini. Doakan semua urusan akan dipermudahkan dan satu doa yang mama harapkan adalah penempatan. InsyaAllah mama tetap mengharapkan penempatan yang diperoleh ini nanti mama mahukan di sekitar Johor. Biarlah kawasan tempat bertugas mama sekitar Johor kerana suami dan anak-anak ada disini, Mama juga menyambung pengajian disini. Mohon doakan untuk  mama..

Salam sayang..





Monday, January 26, 2015

Cubaan Kedua _ Kangkung Sotong

Santapan makan malam kami ditemani oleh menu Kangkung Sotong..hihi..Sotong kembang ni sememangnya favourite mama dari dulu lagi. Kebiasaannya sotong ini akan dimasak bersama sambal.Tetapi mama ternampak  gambar menu ni seakan akan rojak.

Jadinya mama cuba masak walaupun tidak 100% ikut resepi.Walaubagaimanapun berikut adalah resepi mama.

Bahan
1. Sotong
2.  Kangkung
3. Bijan
4. Kacang tumbuk

Kuah
1. Sos Cili
2. Sos tomato
3. Rojak petis
4. Sos Black paper
5. Sos masam manis
6. Kicap Manis
7. Sos Tiram

Cara Masak

1. Sotong dan kangkung dipotong dan direbus. Kemudian toskan.
2. Tumiskan segala bahan bahan sos dalam kuali.
3. Selepas siap mendidih biarkan kuah seketika dan tunggu sehingga sejuk barulah tuang ke atas sotong dan kangkung.
4. Seterusnya tabur kacang hancur dan bijan.

Sekian inilah hasilnya...

Sunday, January 25, 2015

Sentuhan Pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

Puding Roti Bakar
Sentuhan pertama khas untuk suami dan anak anak. Bermulan hasrat dan permintaan daddy yang inginkan puding roti. Tangguh dan tangguh, akhirnya mula rasa keinginan meluap luap untuk mencuba.

Resepi hasil dari internet dan juga resepi ninda yang sesungguhnya pakar bakery..hihi. Tapi 100% mama folllow resepi umi tercinta iaitu ninda. Sampaikan oven pun mama pinjam dengan ninda.huhu..tak pelah, mencuba dulu. 

Alhamdulillah, inilah hasil rupanya. Anak anak sudah menunggu dari awal.Siap menghadap mama buat puding.

Bahannya sangat simple.
1. Roti 8 keping
2. Telur 5 biji
3. Susu cair 1 tin
4. Vanila 1 sudu kecil
5. Gula 3/4 cawan
6. Butter
7. Choc Chip & Choc Rice

Hah ini je pun bahannya.hihi. Sanggup balik kerja berkejar pergi kedai semata mata nak masak puding roti bakar.

Selamat Mencuba dan Menjamu Selera!

Friday, January 23, 2015

Doa Barang Hilang

Teringat buku khazanah mama sejak kai pertama bekerja tiba tiba hilang pula.Memang pelik kerana buku tersebut sepatutnya berada di pejabat saja.

Mama terjumpa potongan ayat untuk menemui barang yang hilang..Maka mama akan cuba amalkan.Mudahan Allah ketemukan buku tersebut..amin

Monday, January 19, 2015

Penantian Surat Tawaran & Lapor Diri

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya nak hampir sebulan dari saat keputusan temuduga dikeluarkan iaitu tarikh surat tawaran dikeluarkan oleh SPA bertarikh 24/12/2014. (Rujuk sistem setuju terima tawaran perlantikan).
Saat itu, mama sentiasa menanti surat tawaran. Dalam tempoh itu, mama cuba goggle blog blog yang ada. Salah satunya blog Penolong Akauntan. Dengar khabarnya ada yang sudah dapat surat tawaran dan tidak kurang juga ada yang sudah menelefon SPA dan AG. Beritanya kemungkinan intake pertengahan Februari, Huh berdebar rasanya. Mungkin jawatan tidak sama, tetapi kemungkinan lapor diri mungkin juga sama jika dilihat lapor diri yang lepas.

Bila dapat tahu tawaran ini, sememangnya semangat untuk bekerja disini pun sudah semakin berkurang. Sebabnya perasaan tidak menentu, gelisah dan tertanya -tanya apa yang bakal terjadi kepada diri kita, suami, anak-anak dan persekitaran kerja baru, Saat mencabar ketika itu..Membuat keputusan ini sangatlah sukar untuk diputuskan. Majikan sekarang juga sedang menunggu keputusan final dari mama. Ya Allah..berat juga keputusan ini perlu diputuskan.

Berbalik kepada tajuk. Mama juga mengharapkan jika dapat mengenali kawan kawan yang sama sama dapt tawaran ini. Bolehlah mama berkenalan. bertukar pendapat. Jika dirujuk statistik sewaktu mama temuduga dulu, untuk jawatan Pembantu Akauntan W17, bilangan pemohonan adalah sebanyak 179,623 orang, manakala bilangan dipanggil temuduga adalah seramai 1,449 orang, calon simpanan  seramai 60 orang. Tetapi tempat kekosongan hanyalah 25 orang. Beribu - ribu orang merebut tempat ini. Syukur Alhamdulillah, rezeki Kau berikan kepada hamba, salah seorang calon yang bertuah.Sememangnya tak dijangkakan. Dalam 25 orang ini mama mengharapkan dapat mencari dan berkenalan dengan calon yang berjaya.. Amin..

Sekiranya surat tawaran ini tiba pasti mama akan update dan kongsikan. Bukan setakat kenangan dan tatapan untuk anak mama baca, tetapi untuk kawan-kawan yang berada diluar dan mungkin akan melalui pengalaman seperti mama..



Kita nantikan surat tawaran dan lapor diri tersebut.

Wednesday, January 7, 2015

Tidak Lena

Assalamualaikum w.b.w.t

Ntah kenapa,tiba tiba hari ini tidak dapat tidur lena. Malam tadi sudah pun tidur lewat.Kebiasaannya jika tidur lewat,pasti bangun pun seperti liat dan lewat.Namun hari ini tiba tiba awal pula.Sudah terjaga tidak boleh tidur semula..

Apakah petanda itu?seperti terbayang bayang semua perkara nak dilakukan..Ya Allah, mula ku rasa seperti tidak sedap hati.Hati mula berdegup kencang..Mula berbicara yang bukan bukan.Ya Allah sesungguhnya kuhamba yang lemah, meemohon perlindungan untuk ku dan keluarga..Jauhilah segala bencana dan malapetaka yang berlaku..

Amin..

Masa untuk bersujud..

Saturday, January 3, 2015

Detik-Detik Temuduga Pembantu Akauntan

Assalamualaikum w.b.t

Tiba-tiba teringat sewaktu mendapat tawaran panggilan temuduga. Terfikir untuk merakam segala detik-detik disaat menerima tawaran dan dipanggil temuduga.

Al kisahnya bermula, seorang kawan mama, mendapat panggilan temuduga. Beliau telah 'posting' status berkenaan panggilan temuduga di  SPA. Dalam hati mama terdetik, alangkah bertuahnya sahabat mama peroleh panggilan di sektor awam, sedangkan mama tidak pernah dipanggil temuduga bertahun-tahun lamanya. Manakan tidak nak semak di laman SPA pun tak pasti bagaimana. Maka terus mama buka laman web SPA. Godek punya godek dalam laman web tersebut tiba- tiba terpapar temuduga di Jabatan Perakaunan Negara pada 24 November 2014. Tapi tak faham apakah maksudnya, sebab ianya tidak nyatakan anda dikehendaki menghadirkan diri ke sesi temuduga atau apa-apa. Jadinya mama tanya abang mama, namun beliau minta mama check ada email or surat tapi mama cakap tak ada!..hampa!..

Namun mama tidak berputus asa, pada waktu malam di rumah, mama cuba semak lagi sekali dan godek sehabis yang mungkin. kemudian mama ternampak icon Jawatan Pembantu Akauntan (Semenanjung), mama pun masukkan no kad pengenalan..Jeng..jeng.....terpapar nama mama!!!
Alhamdulillah rupanya anda berjaya dipanggil temuduga...Menangis dan mengalir air mata kegembiraan lalu menyampaikan berita ini kepada suami dan keluarga.

Bayangkan mama ada masa 4 hari untuk membuat persiapan temuduga.mugkin jika orang lain tentu sudah lama mereka dapat tahu panggilan temuduga..Tidak mengapalah, mama cuba seboleh yang mampu. Persediaan yang mama buat adalah seperti di bawah :-

1. Cari info dan maklumat berkenaan tips temuduga bagi temuduga ini di internet
2. Cari kenalan atau kawan yang pernah menghadiri temuduga sektor kerajaan apakah soalan popular yang biasa diutarakan
3. Cari kenalan di Facebook yang menyandang jawatan yang sama (yang ini tidak kenal pun orang.Belasah goggle je)
4. Studi laman web jabatan tersebut. Contoh mama dapat Jabatan Perakaunan Negara. jadi mama goggle dan studi mengenai JANM
5. Google isu-isu semasa. Masa itu isu semasa mama, pasal minyak, GST dll
6. Studi balik Perkaunan Perniagaan, Accounting basic SPM..

Itula yang mama, tidak lupa juga sebelum dan selepas temuduga mama buat solat hajat tidak putus-putus agar memudahkan urusan temuduga buat kali pertama di sektor kerajaan.

Seterusnya soalan temuduga yang mama ingat pada waktu itu,

1. Perkenalkan diri, latar belakang dan sebagainya
2. Apa yang puan buat persediaan untuk temuduga dalam masa 4 hari?
3. Apakah isu-isu semasa?
4. Terangkan salah satu pembangunan Dr Mahadhir Mohamad.. (penemuduga cakap ada 5)tapi mama teringat satu je, Automotif...jadi mama terangkan Automotif
5. Tugas-tugas pembantu Akauntan
6. Terangkan mengenai Jabatan Perakaunan Negara
7.Pengalaman bekerja
8. Jika dihantar bekerja luar dari Negeri Johor?

Inilah soalan-soalan diantaranya yang diutarakan..mama pun dah lupa dah apa lagi soalan ditanya..
Apapun, soalan-soalan ini akan disimpan untuk kenangan dan sebagai rujukan untuk kawan-kawan diluar sana..

Syukur alhamdulillah mama, jawab sebaik mungkin.Walaupun agak kelam kabut dan bercakap seperti tidak ada 'full stop', ini adalaah disebabkan perasaan nervous yang teramat sangat.