Santapan makan malam kami ditemani oleh menu Kangkung Sotong..hihi..Sotong kembang ni sememangnya favourite mama dari dulu lagi. Kebiasaannya sotong ini akan dimasak bersama sambal.Tetapi mama ternampak gambar menu ni seakan akan rojak.
Jadinya mama cuba masak walaupun tidak 100% ikut resepi.Walaubagaimanapun berikut adalah resepi mama.
Bahan
1. Sotong
2. Kangkung
3. Bijan
4. Kacang tumbuk
Kuah
1. Sos Cili
2. Sos tomato
3. Rojak petis
4. Sos Black paper
5. Sos masam manis
6. Kicap Manis
7. Sos Tiram
Cara Masak
1. Sotong dan kangkung dipotong dan direbus. Kemudian toskan.
2. Tumiskan segala bahan bahan sos dalam kuali.
3. Selepas siap mendidih biarkan kuah seketika dan tunggu sehingga sejuk barulah tuang ke atas sotong dan kangkung.
4. Seterusnya tabur kacang hancur dan bijan.
Sekian inilah hasilnya...